Sunday 29 July 2012

Bubur Kacang Merah


Bahan-bahan nyer :)

Kacang merah ~ rendam dlm 2-3 jam
Sagu mata ikan
Gula merah
Gula
Santan ( dalam 2 cawan diperah dari sebiji kelapa)
Daun pandan 3 helai di ketuk sedikit dan disimpulkan
Secubit garam
Air untuk merebus kacang.


Cara -cara nyer : )
1. Kacang merah direbus sehingga kembang. (saya guna presure cooker selama 15 minit)
2. Dalam periuk yang berasingan, masukkan  sedikit air bersama sagu mata ikan dan panaskan sehingga sagu tersebut masak menjadi biji yang jernih. Masukkan sekali daun pandan tadi.
3. Masukkan kacang merah yang telah dimasak di ikuti dengan santan.
4. Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
5. Didihkan sebentar sehingga menjadi sedikit pekat. Sedia dihidang panas atau sejuk.

Monday 26 March 2012

Seafood Pizza


Last weekend buat pizza seafood ..resepi di bawah boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz sederhana...so bolehlah buat topping berbeza kalau suka. Resepi asal nya dari blog http://www.tiffinbiru.com/.

Bahan-bahan nyer :)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Untuk topping nyer..:)

8 crab stick (filet ketam)

1/2 tin tuna mayonis dalam tin 
1 biji bawang di hiris
1/2 biji capsicum hijau
1/2 cawan cendawan butang dihirs
1 cawan nenas dalam tin dihiris ( boleh di tambah kalau suka)
parutan cheese mozzarella & cheddar (wani tambah satu keping slice cheese)
sos tomato

mayonis secukup nyer
Cara-cara

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sos tomato dan mayonis tadi dan susun bahan topping pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella & cheddar. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya





pizza yang sedia untuk dibakar dengan extra cheese topping...:)....Selamat mencuba!!!






Puding Mangga Nata De Coco



Bahan - bahan nye :)

400 gram serbuk puding perisa mangga (boleh dapat kat supermarket)
200 ml air
1 cawan nata de coco ( wani letak perisa mangga )


Cara-cara nyer :)

  • Panaskan air sampai mendidih, campurkan serbuk puding dan larutkan
  • Sediakan acuan kesukaan masing2, letakkan beberapa biji nata de coco
  • Tuangkan campuran puding tadi ke dalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang


Sunday 11 March 2012

Strawberry Muffin / Muffin Strawberi



Resepi dari blog http://www.tiffinbiru.com/. Terima kasih yer CMG sebab berkongsi resepi nie...Sedap...:)

Bahan-bahannya :)

(Untuk 12 biji)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ¼ cawan minyak sayuran
  • 2 sudu teh esen stroberi
  • filling Strawberi secukupnya


Cara-caranya:)
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu , esen stroberi dan minyak.(aku campur 2 titik pewarna merah) Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
  4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin 1/2 cup, letakkan 1/2 sudu teh fillibg dan tutup adunan sehingga 3/4 cup
  5. Bakar muffin selama 20 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

Monday 5 March 2012

Ayam Masak Masam Manis & Pedas



Sumber Resepi dari : http://www.love2cook-malaysia.com/ ... Thank you Love for sharing :)
Bahan bahan nyer :)


 (A) Digaul sekali:
  • 3 keping dada ayam di  buang kulit dan di potong kecil
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 2 tbsp kicap masin
  • 1 tbsp kicap manis
  • 3 tbsp tepung jagung
(B) Bahan Sos nyer :
  • 3 tbsp sos cili
  • 2 tbsp sos tomato
  • 1.5 tbsp kicap manis
  • 1 tbsp kicap masin
  • 1 tbsp madu
Bahan lain :
  • 3 tbsp cili kisar (boleh ditambah jika suka)
  • 2 bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 2 inci halia dicincang
  • 4 biji cili api dibelah
  • 1/2 cup air rebusan ayam
  • 1 tbsp jus lemon
  • Minyak masak
  • garam secukup rasa 
Cara-cara nyer :)
Campurkan bahan (A) dan biarkan selama 10 minit.
  1. Campurkan bahan (B) dalam satu bekas utk bahan sos nyer.
  2. Goreng ayam dan toskan minyak. 
  3. Kurangkan minyak dari kuali mengoreng ayang tadi, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan gaulkan.
  4. Masukkan bawang, cili dan bahan sos. Gaul dan tambahkan air rebusan ayam. 
  5. Biarkan memdidih seketika dan masukkan ayamg yang telah digoreng tadi dan gaul sebati, boleh ditambah sedikit garam kalau dikehendaki
  6. Perahkan sedikit jus lemon sebelum dihidang 

Eggless Fruit Cake / Kek Buah

Terima kasih banyak2 kat DayangJack http://dayangjack.blogspot.com/, kerana sudi share resepi nie yer...dan tidak lupa pula pada "Love" yang kenalkan blog DayangJack kat wani yer...Berkali2 wani cuba resepi kek buah dari pelbagai sumber resepi tapi hasil nyer kurang memuaskan...tapi resepi dayang nie mmg best sesangat...kek nyer sangat sedap & moist dan tak rugi di cuba...Izinkan saya copy paste resepi yer Dayang sbb mmg sama jer bahan nyer cuma wani edit sedikit jer...
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang http://dayangjack.blogspot.com/

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren (Wani guna jus sunquick)
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.



Wednesday 29 February 2012

Ginger Chicken / Ayam Masak Halia


Bahan bahan nyer:)
  1. 1 keping dada ayam di hiris nipis
  2. 4 biji cendawan butang dihiris ( wani guna yang dalam tin jer)
  3. 4-5 tangkai daun bawang dipotong panjang-panjang
  4. 3 cm halia muda di hiris bulat
  5. 3 biji bawang putih di cincang halus
  6. Sedikit minyak utk menumis
Bahan sos utk dicampur sekali :-

  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
Cara-cara nyer :)

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging ayam dan cendawan dan gaul sebati. Biarkan selama 5 minit.
  3. Masukkan campuran bahan sos tadi dan gaul rata.
  4. Tunggu sehingga daging masak (pastikan api tidak terlalu panas), Masukkan daun bawang tadi gaul sebati dan tutup api.
  5. Hidangkan panas.