Tuesday 20 December 2011

Prawn Patties / Bergedil Udang






Resepi dari : http://noreen-homecooking.blogspot.com/

Bahan-bahan:
200gm ubi kentang
200gm udang
2 tangkai cili merah - dicincang halus
2 pokok daun bawang - dicincang/dihiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam/ putih
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

1 biji telur - dipukul sedikit
minyak untuk menggoreng


cara:

-rebuskan ubi kentang dan lecekkan menjadi halus (jangan rebus terlalu lembut sangat)
-cincangkan udang sehingga kasar
-satukan ubi kentang lecek, udang, cili merah, daun bawang, serbuk lada hitam/ putih dan garam secukup rase ke dalam mangkuk besar
-gaulkan sehingga sebati
-kemudian bentukkan adunan menjadi bulat dan leper
-lakukan sehingga habis
-panaskan minyak di dalam kuali (pastikan minyak terendam supaya tidak perlu diterbalikkan pergedil tadi takut nanti terburai isinya)
-celupkan satu persatu adunan tadi ke dalam telur dan gorengkan dengan api perlahan sehingga masak dan keperangan
-angkat dan toskan
-hidangkan dengan sos cili atau dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain

Ghee Rice / Nasi Minyak


Bahan-bahan

2 cawan beras basmathi
1 biji bawang besar dihiris
1 Sudu pes halia & bawang putih
2 biji cili merah dibelah dua
2 helai daun pandan disimpul
1 kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan susu cair*
3 cawan air*
( * guna cawan yang sama yg digunakan utk menyukat beras)
2 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa

Cara:-

- Cuci beras, toskan dan biarkan selama 15 minit
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis kayu manis,bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun pandan
- Masukkan bawang besar, pes halia & bawang putih dan cili merah , kacau sampai naik bau
- Masukkan beras dan kacau, tutup api dan alihkan beras tersebut ke dalam "rice cooker"
- Tuang air dan susu cair, perasakan dgn garam dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Sunday 18 December 2011

Chicken sambal / Sambal Ayam




Bahan - bahan nyer :-)

1/2 ekor ayam ( dipotong kecil dan di cuci)
2 biji kentang ( di hiris bulat, diperap dgn sedikit serbuk kunyit dan garam)
10 tangkai cili kering (di kisar)
1 biji tomato di potong dadu
2 biji bawang dihiris bulat
3 Sudu makan santan / susu cair
1 1/2 sudu makan paste halia & bawang putih
Minyak utk mengoreng kentang dan menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan utk menumis:-

1 kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih

Cara2:

- Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang yang dihiris tadi sehingga garing dan ketepikan, dalam kuali  yang sama tinggalkan minyak dalam 2 sudu makan dan tumis segala bahan tumisan, masukkan bawang , paste halia & bawang putih, kacau sampai pecah minyak
- masukkan cili yang dikisar tadi, kacau sampai hilang bau mentah cili
-masukkan ayam, kacau sebati, masukkan sedikit air (cukup sekadar menutupi ayam), tunggu sampai air kering dan ayam masak sepenuhnya, Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
-Masukkan santan / susu cair dan kacau 5 minit masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan kacau tutupkan api dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak :)

Tomato Onion Chutney



Ing:-

1 Tomato fully riped
4 Big onion
3 Dried red Chillies (you can add more if prefer spicy chutney)
1 Tbsp oil
1 strand of curry leaf
1/2 teaspoon of mustard seed
Salt per taste

Method:
Cut tomato and onion into medium size pieces.
In a wok put one teaspoon oil and fry mustard seed. Then add red chillies and curry leave and fry lightly . Add onion pieces and Tomato and fry untill the onion soften. Add salt and adjust the taste accordingly. Turn off the lid and let it cool.
Mix altogether in blender and grind to a paste.

Moist Banana Cake/ Kek Pisang







BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovellete
150 g gula halus 
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk*
100 g minyak jagung* (* disatukan)
225 g pisang emas dilecek

3-4 titik esen pisang
badam cincang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin kek size 9x9, Alaskan dasar tin dgn kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tersebut. Ketepikan.

2. Putar gula dengan ovellete hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Taburkan badam cincang. Bakar 45-50 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Tuesday 13 December 2011

Butter Cake / Kek Mentega



Saya bagi resepi kek butter yang mudah yer utk dicuba....dah berkali2 saya buat...memang menjadi...sedap, cukup rasa dan moist...Boleh guna resepi yg sama utk membuat kek pelbagai perisa...Selamat Mencuba!!!..:-)

BUTTER CAKE / KEK MENTEGA

Bahan

1 block butter = 250 gm ( I guna Buttercup)
200 gm castor sugar (boleh tambah 30g kalau nak manis)
4 telur A size
250 self-raising flour/ tepung naik sendiri
2 tsp vanilla essence
about 6 tbsp susu UHT

-Panaskan oven to 180 deg C.
-Line cake tin, size 8 inches in diameter.
-Pukul butter and sugar sampai kembang.
-Masukkan telur satu per satu diselang seli dgn tepung.
-Masukkan vannila essence dan susu dan kacau.
-Pastikan adunan dalam keaadaan boleh jatuh "drop". kalau adunan tak jatuh, tambahkan sedikit susu dan   kacau.
-Tuang adunan ke dalam cake tin dan bakar selama 50 minit