Sunday 29 July 2012

Bubur Kacang Merah


Bahan-bahan nyer :)

Kacang merah ~ rendam dlm 2-3 jam
Sagu mata ikan
Gula merah
Gula
Santan ( dalam 2 cawan diperah dari sebiji kelapa)
Daun pandan 3 helai di ketuk sedikit dan disimpulkan
Secubit garam
Air untuk merebus kacang.


Cara -cara nyer : )
1. Kacang merah direbus sehingga kembang. (saya guna presure cooker selama 15 minit)
2. Dalam periuk yang berasingan, masukkan  sedikit air bersama sagu mata ikan dan panaskan sehingga sagu tersebut masak menjadi biji yang jernih. Masukkan sekali daun pandan tadi.
3. Masukkan kacang merah yang telah dimasak di ikuti dengan santan.
4. Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
5. Didihkan sebentar sehingga menjadi sedikit pekat. Sedia dihidang panas atau sejuk.

Monday 26 March 2012

Seafood Pizza


Last weekend buat pizza seafood ..resepi di bawah boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz sederhana...so bolehlah buat topping berbeza kalau suka. Resepi asal nya dari blog http://www.tiffinbiru.com/.

Bahan-bahan nyer :)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Untuk topping nyer..:)

8 crab stick (filet ketam)

1/2 tin tuna mayonis dalam tin 
1 biji bawang di hiris
1/2 biji capsicum hijau
1/2 cawan cendawan butang dihirs
1 cawan nenas dalam tin dihiris ( boleh di tambah kalau suka)
parutan cheese mozzarella & cheddar (wani tambah satu keping slice cheese)
sos tomato

mayonis secukup nyer
Cara-cara

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sos tomato dan mayonis tadi dan susun bahan topping pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella & cheddar. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya





pizza yang sedia untuk dibakar dengan extra cheese topping...:)....Selamat mencuba!!!






Puding Mangga Nata De Coco



Bahan - bahan nye :)

400 gram serbuk puding perisa mangga (boleh dapat kat supermarket)
200 ml air
1 cawan nata de coco ( wani letak perisa mangga )


Cara-cara nyer :)

  • Panaskan air sampai mendidih, campurkan serbuk puding dan larutkan
  • Sediakan acuan kesukaan masing2, letakkan beberapa biji nata de coco
  • Tuangkan campuran puding tadi ke dalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang


Sunday 11 March 2012

Strawberry Muffin / Muffin Strawberi



Resepi dari blog http://www.tiffinbiru.com/. Terima kasih yer CMG sebab berkongsi resepi nie...Sedap...:)

Bahan-bahannya :)

(Untuk 12 biji)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ¼ cawan minyak sayuran
  • 2 sudu teh esen stroberi
  • filling Strawberi secukupnya


Cara-caranya:)
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu , esen stroberi dan minyak.(aku campur 2 titik pewarna merah) Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
  4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin 1/2 cup, letakkan 1/2 sudu teh fillibg dan tutup adunan sehingga 3/4 cup
  5. Bakar muffin selama 20 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

Monday 5 March 2012

Ayam Masak Masam Manis & Pedas



Sumber Resepi dari : http://www.love2cook-malaysia.com/ ... Thank you Love for sharing :)
Bahan bahan nyer :)


 (A) Digaul sekali:
  • 3 keping dada ayam di  buang kulit dan di potong kecil
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 2 tbsp kicap masin
  • 1 tbsp kicap manis
  • 3 tbsp tepung jagung
(B) Bahan Sos nyer :
  • 3 tbsp sos cili
  • 2 tbsp sos tomato
  • 1.5 tbsp kicap manis
  • 1 tbsp kicap masin
  • 1 tbsp madu
Bahan lain :
  • 3 tbsp cili kisar (boleh ditambah jika suka)
  • 2 bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 2 inci halia dicincang
  • 4 biji cili api dibelah
  • 1/2 cup air rebusan ayam
  • 1 tbsp jus lemon
  • Minyak masak
  • garam secukup rasa 
Cara-cara nyer :)
Campurkan bahan (A) dan biarkan selama 10 minit.
  1. Campurkan bahan (B) dalam satu bekas utk bahan sos nyer.
  2. Goreng ayam dan toskan minyak. 
  3. Kurangkan minyak dari kuali mengoreng ayang tadi, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan gaulkan.
  4. Masukkan bawang, cili dan bahan sos. Gaul dan tambahkan air rebusan ayam. 
  5. Biarkan memdidih seketika dan masukkan ayamg yang telah digoreng tadi dan gaul sebati, boleh ditambah sedikit garam kalau dikehendaki
  6. Perahkan sedikit jus lemon sebelum dihidang 

Eggless Fruit Cake / Kek Buah

Terima kasih banyak2 kat DayangJack http://dayangjack.blogspot.com/, kerana sudi share resepi nie yer...dan tidak lupa pula pada "Love" yang kenalkan blog DayangJack kat wani yer...Berkali2 wani cuba resepi kek buah dari pelbagai sumber resepi tapi hasil nyer kurang memuaskan...tapi resepi dayang nie mmg best sesangat...kek nyer sangat sedap & moist dan tak rugi di cuba...Izinkan saya copy paste resepi yer Dayang sbb mmg sama jer bahan nyer cuma wani edit sedikit jer...
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang http://dayangjack.blogspot.com/

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren (Wani guna jus sunquick)
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.



Wednesday 29 February 2012

Ginger Chicken / Ayam Masak Halia


Bahan bahan nyer:)
  1. 1 keping dada ayam di hiris nipis
  2. 4 biji cendawan butang dihiris ( wani guna yang dalam tin jer)
  3. 4-5 tangkai daun bawang dipotong panjang-panjang
  4. 3 cm halia muda di hiris bulat
  5. 3 biji bawang putih di cincang halus
  6. Sedikit minyak utk menumis
Bahan sos utk dicampur sekali :-

  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
Cara-cara nyer :)

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging ayam dan cendawan dan gaul sebati. Biarkan selama 5 minit.
  3. Masukkan campuran bahan sos tadi dan gaul rata.
  4. Tunggu sehingga daging masak (pastikan api tidak terlalu panas), Masukkan daun bawang tadi gaul sebati dan tutup api.
  5. Hidangkan panas.


Creamy Butter Prawn / Udang Mentega Berkrim



Bahan-bahan nyer :)

  • 500 gram Udang saiz sederhana ( dibersihkan dan tinggalkan kulit bahagian ekor  nyer)
  • 5 biji bawang putih dicincang halus
  • 2 tangkai dau kari
  • 5 biji cili api dihiris halus ( boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa


Cara-cara nyer :)
  1. Bersihkan udang, toskan air, gaulkan sebati dengan tepung jagung, sedikit garam, dan lada sulah. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang tersebut dan toskan minyak, ketepikan.
  3. Didalam kuali yang lain, cairkan butter atas api yang sederhana, tumiskan bawang putih dahulu sampai naik bau, masukkan cili api dan daun kari.
  4. Tumis sebentar dan masukkan susu cair tadi dan kacau.
  5. Biarkan sos menjadi pekat dan masukkan udang dan gaul sebati
  6. Tutup api dan hidangkan panas.



Wednesday 22 February 2012

Puree dan Masala Kentang





Bahan-bahan nyer :)

Puree

· 2 cawan tepung gandum diayak
· 1 cawan air ( adjust ikut kuantiti tepung)
· 2 sudu makan minyak jagung (boleh guna minyak masak biasa)
· 1 sudu kecil garam
· Minyak untuk mengoreng

Cara -cara nyer :)

1.      Gaulkan sekali tepung gandum, garam dan minyak masak.
2.      Masukkan air dan uli perlahan sampai menjadi doh yang lembut.
3.      Bahagi kan doh kepada 8 bulatan yang sama saiz nyer.
4.      Tutup kan dengan kain lembap lebih kurang 30 minit
5.      Canaikan bulatan tadi menjadi leper (jangan canai terlalu nipis)
6.      Panaskan minyak ( pastikan minyak lebih dan separuh kuali dan cukup panas nyer ) dan goreng puree tadi, tunggu sehingga ia kembang dan naik.
7.      Terbalikkan puree dgn perlahan. Tunggu sehingga mask.
8.      Angkat dan toskan minyak.


Masala Kentang

· 2 biji ubi kentang saiz besar dipotong dadu
· 1/2 biji carrot dipotong dadu
· 1 biji tomato dipotong dadu
· 1 tangkai daun kari
· 1 sudu kecil halba campuran
· 1 biji bawang besar dipotong dadu
· 1 biji cili hijau dihiris
· 1 sudu kecil jintan manis dikisar halus
· Garam secukup rasa
· Minyak untuk menumis
· 1/2 sudu kecil serbuk kunyit



Cara-cara nyer :)

1.      Panaskan kuali, tumiskan halba campuran, bawang besar, cili hijau dan daun kari sampai naik bau.
2.      Masukkan tomato dan kacau.
3.      Masukkan kentang dan carrot dan serbuk kunyit dan gaulkan sebati.
4.      Masukkan air secukup nyer. Tunggu sehingga kentang empuk.
5.      Perasakan dengan garam. Masukkan jintan manis yang dikisar kacau dan tutupkan api.
6.      Sedia di hidang bersama puree tadi :)





Tuesday 7 February 2012

Kari Ayam Kampung



Bahan-bahan nyer...:)

1 kilo ayam kampung dibersihkan dan dipotong kecil
2 biji kentang dibelah empat
1 biji tomato dibelah 4
1 biji cili hijau dibelah dua
3 sudu besar serbuk kari ayam*
1 sudu kecil serbuk cili*
1 sudu kecil serbuk kunyit* ( * dicampur sekali )
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:-
2 cm kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
1 tangkai daun kari
Bahan kisar:-
7 biji bawang kecil
2 batang serai
5 cm halia
3 biji bawang putih





















Cara-cara nyer..:)
1.  Bersihkan ayam, potong kecil, ditambah sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan garam, masak
     dalam presure cooker selama 10 minit dan ketepikan.
2.  Panaskan kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih hingga naik bau dan
     diikuti dengan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik bau.
3.  Masukkan ayam dan kacau rata,
4.  Masukkan serbuk rempah (serbuk kari ayam, serbuk cili, serbuk kunyit) dan kacau rata.
5.  Campurkan sedikit air dan biarkan rempah sebati dengan daging.
6.  Masukkan kentang dan tomato dan tambahkan air (cukup sekadar menutupi ayam
     tadi).
7.  Tunggu sehingga kentang empuk dan kari menjadi sedikit pekat, kurangkan api
8.  Perasakan dengan garam secukup nyer dan tutup api.



Agar-Agar Pandan Bersantan



Bahan-bahan nyer :-)

1 paket agar-agar
1 cawan santan
3 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
700 ml air
5 sudu besar gula
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam

Cara-cara nyer :-

  1. Panaskan air, masukkan agar-agar dan daun pandan. Tunggu sehingga agar-agar cair.
  2. Masukkan gula dan garam.
  3. Ambil 3/4 daripada air agar-agar tadi dan tapiskan.Campurkan sedikit pewarna hijau.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai dan masukkan ke dalam peti sejuk. tunggu sehingga agar-agar mengeras sedikit.
  5. Panaskan semula air agar-agar yang selebih nyer tadi sehingga cair tutup api dan campurkan dengan santan.
  6. Tuangkan cairan agar-agar santan keatas lapisan agar-agar yang mengeras sedikit tadi.
  7. Biarkan sejuk dan hidangkan.

Sunday 29 January 2012

Pizza








Last weekend buat project pizza atas permintaan adik-beradik...resepi di bawah boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz sederhana...so bolehlah buat topping berbeza kalau suka. Resepi asal nya dari blog http://www.tiffinbiru.com/. Terima kasih yer CMG sebab berkongsi resepi nie...mmg cukup gebu pizza nie...:)

Bahan-bahan nyer :)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Untuk topping nyer..:)

8 biji mini sosej (rebus / stim dan dihirs bulat)
1 keping chicken ham (rebus / stim dan di hiris kasar)
1 biji bawang di hiris
1/2 biji capsicum hijau
1/2 cawan cendawan butang dihirs
1 cawan nenas dalam tin dihiris ( boleh di tambah kalau suka)
parutan cheese mozzarella & cheddar
sos spegetti


Cara-cara

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan topping pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella & cheddar. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya


Thursday 19 January 2012

Salad Timun





Bahan-bahan nyer...:)

1 batang timun dibuang biji dan di parut
1 batang carrot di parut
1 biji bawang besar di hiris halus
2 sudu besar mayonis
Garam secukup rasa

- Gaulkan semua bahan sekali. (boleh dimasukkan dahulu dalam peti sejuk kalau suka)

Sambal tumis ikan bilis cili api



Resepi nie dapat dari kakak saya, mmg sedap dijadikan hidangan sampingan atau di makan dengan nasi putih dan telur goreng...:)

Bahan-bahan nyer..:)

200 gram ikan bilis di bersihkan
10 biji bawang merah
10 biji chili api (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
1 biji bawang di potong bulat (pilih yang besar)
secubit serbuk kunyit
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara nyer:-

  1. Kisar sekali ikan bilis, bawang merah dan cili api dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar yang dipotong bulat, tunggu sehingga bawang layu sedikit dan masukkan bahan yang telah dikisar. Masukkan secubit serbuk kunyit.
  3. Masukkan santan dan kacau sebati.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Tunggu sehingga santan kering dan pecah minyak, tutup api.

Monday 16 January 2012

Light Cheese Cake







Saya dapat resepi nie dari teman blog http://love2cook-msia.blogspot.com/
kek nyer cukup soft dan mmg sedap...:-)...Thank you love :)

Ingredients :- 8" loyang
• 150gm cream cheese
• 300ml susu UHT
• 80gm mentega
• 80gm tepung kek
• 80gm gula icing
• 3 biji telur saiz A ~ asingkan putih telur dan kuning telur nye
• beberapa titis esen vanila
Cara-cara nyer..:)
  1. Panaskan susu dan cream cheese menggunakan sauce pan. kacau sampai cheese cair sepenuhnya. Masukkan mentega dan kacau sampai cair, tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur sampai terbentuk soft peak. 
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, gula dan esen vanila sehingga kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.  
  4. Masukkan tepung dan kacau 
  5. Masukkan putih telur tadi dan kacau perlahan dan sehingga sebati. 
  6. Tuangkan adunan dalam loyang. Letakkan loyang di dalam loyang lain yang berisi air panas. 
  7. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit 
*Boleh ditabur dengan hirisan badam atau parutan cheese, susu UHT tadi boleh digantikan dengan yang ada flavour seperti susu strawberi...:)

Kari Kambing/ Mutton Curry








Bahan-bahan nyer...:)

1 kilo daging kambing campur tulang sekali
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah 4
1 biji cili hijau dibelah dua
1 biji cili merah dibelah dua
sepokok daun ketumbar dibersihkan dan dihiris
3 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu kecil serbuk cili*
1 sudu kecil serbuk kunyit* ( * dicampur sedikit air dan dijadikan seperti pes)
1/2 cawan santan ( kalau tak masuk pun tak per, ikut suka jer)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:-
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar pes halia & bawang putih
2 cm kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara-cara nyer..:)
1.  Bersihkan daging kambing, potong kecil, ditambah sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan garam, masak
     dalam presure cooker selama 10 minit.
2.  Selepas daging empuk, asingkan air dan daging nyer.
3.  Panaskan kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih hingga naik bau dan
     diikuti dengan bahan tumisan lain.Masukkan separuh dari daun ketumbar tadi dan tumis sekali hingga
     naik bau.
4.  Masukkan daging dan kacau rata,
5.  Masukkan pes rempah (serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit) dan kacau rata.
6.  Campurkan sedikit air rebusan daging tadi dan biarkan rempah sebati dengan daging.
7.  Masukkan kentang dan tomato dan air rebusan yang selebih nyer (cukup sekadar menutupi daging
     tadi).
8.  Tunggu sehingga kentang empuk dan kari menjadi sedikit pekat, kurangkan api tambahkan santan
     (kalau suka).
9.  Perasakan dengan garam secukup nyer dan tutup api.
10.Taburkan daun ketumbar selebih nyer tadi dan tutup kuali.
11.Hidangkan panas dengan nasi putih, nasi briyani, nasi minyak :)
 

Tuesday 3 January 2012

Sambal Kerang / Cockles Sambal




Bahan-bahan nye:)

1 kilo kerang (bersih, rebus dan ambil isi)
4 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - hiris

4 biji bawang putih  & 2 inci halia - dikisar bersama
2 batang serai dititik
garam, gula dan minyak secukupnya

Cara-cara:-

-Tumis bawang yang telah di hiris hingga naik bau. Masukkan campuran halia dan bawang putih, serai dan kacau.
-Masukkan cili kisar kacau dan tunggu sehingga cili masak sepenuhnya dan masukkan kerang. Perlahankan api masukkan garam dan gula.
-Tunggu sebentar dan rasa garam baru di padam api.