Last weekend buat project pizza atas permintaan adik-beradik...resepi di bawah boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz sederhana...so bolehlah buat topping berbeza kalau suka. Resepi asal nya dari blog http://www.tiffinbiru.com/. Terima kasih yer CMG sebab berkongsi resepi nie...mmg cukup gebu pizza nie...:)
Bahan-bahan nyer :)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
Untuk topping nyer..:)
8 biji mini sosej (rebus / stim dan dihirs bulat)
1 keping chicken ham (rebus / stim dan di hiris kasar)
1 biji bawang di hiris
1/2 biji capsicum hijau
1/2 cawan cendawan butang dihirs
1 cawan nenas dalam tin dihiris ( boleh di tambah kalau suka)
parutan cheese mozzarella & cheddar
sos spegetti
Cara-cara
UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan topping pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella & cheddar. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya
Salam kak...terima kasih yer kerana sudi jenguk blog wani...baru belajar berblog nie...pizza tu kali nie dah abis...buat lagi reserve utk kak yer...hehehe:)
ReplyDeleteThat's a packed pizza..I want some too dear! ;) Hope you are doing good over there ;)
ReplyDeletehello dear...im good here..that was a wonderfull pizza i ever had...full of cheese and yummy...thanks for the support dear..:)
ReplyDelete