Showing posts with label Cake / Kek. Show all posts
Showing posts with label Cake / Kek. Show all posts

Monday, 5 March 2012

Eggless Fruit Cake / Kek Buah

Terima kasih banyak2 kat DayangJack http://dayangjack.blogspot.com/, kerana sudi share resepi nie yer...dan tidak lupa pula pada "Love" yang kenalkan blog DayangJack kat wani yer...Berkali2 wani cuba resepi kek buah dari pelbagai sumber resepi tapi hasil nyer kurang memuaskan...tapi resepi dayang nie mmg best sesangat...kek nyer sangat sedap & moist dan tak rugi di cuba...Izinkan saya copy paste resepi yer Dayang sbb mmg sama jer bahan nyer cuma wani edit sedikit jer...
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang http://dayangjack.blogspot.com/

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren (Wani guna jus sunquick)
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.



Monday, 16 January 2012

Light Cheese Cake







Saya dapat resepi nie dari teman blog http://love2cook-msia.blogspot.com/
kek nyer cukup soft dan mmg sedap...:-)...Thank you love :)

Ingredients :- 8" loyang
• 150gm cream cheese
• 300ml susu UHT
• 80gm mentega
• 80gm tepung kek
• 80gm gula icing
• 3 biji telur saiz A ~ asingkan putih telur dan kuning telur nye
• beberapa titis esen vanila
Cara-cara nyer..:)
  1. Panaskan susu dan cream cheese menggunakan sauce pan. kacau sampai cheese cair sepenuhnya. Masukkan mentega dan kacau sampai cair, tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur sampai terbentuk soft peak. 
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, gula dan esen vanila sehingga kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.  
  4. Masukkan tepung dan kacau 
  5. Masukkan putih telur tadi dan kacau perlahan dan sehingga sebati. 
  6. Tuangkan adunan dalam loyang. Letakkan loyang di dalam loyang lain yang berisi air panas. 
  7. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit 
*Boleh ditabur dengan hirisan badam atau parutan cheese, susu UHT tadi boleh digantikan dengan yang ada flavour seperti susu strawberi...:)

Sunday, 18 December 2011

Moist Banana Cake/ Kek Pisang







BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovellete
150 g gula halus 
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk*
100 g minyak jagung* (* disatukan)
225 g pisang emas dilecek

3-4 titik esen pisang
badam cincang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin kek size 9x9, Alaskan dasar tin dgn kertas minyak, lenserkan juga kertas minyak tersebut. Ketepikan.

2. Putar gula dengan ovellete hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Taburkan badam cincang. Bakar 45-50 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Tuesday, 13 December 2011

Butter Cake / Kek Mentega



Saya bagi resepi kek butter yang mudah yer utk dicuba....dah berkali2 saya buat...memang menjadi...sedap, cukup rasa dan moist...Boleh guna resepi yg sama utk membuat kek pelbagai perisa...Selamat Mencuba!!!..:-)

BUTTER CAKE / KEK MENTEGA

Bahan

1 block butter = 250 gm ( I guna Buttercup)
200 gm castor sugar (boleh tambah 30g kalau nak manis)
4 telur A size
250 self-raising flour/ tepung naik sendiri
2 tsp vanilla essence
about 6 tbsp susu UHT

-Panaskan oven to 180 deg C.
-Line cake tin, size 8 inches in diameter.
-Pukul butter and sugar sampai kembang.
-Masukkan telur satu per satu diselang seli dgn tepung.
-Masukkan vannila essence dan susu dan kacau.
-Pastikan adunan dalam keaadaan boleh jatuh "drop". kalau adunan tak jatuh, tambahkan sedikit susu dan   kacau.
-Tuang adunan ke dalam cake tin dan bakar selama 50 minit