Tuesday, 7 February 2012

Agar-Agar Pandan Bersantan



Bahan-bahan nyer :-)

1 paket agar-agar
1 cawan santan
3 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
700 ml air
5 sudu besar gula
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam

Cara-cara nyer :-

  1. Panaskan air, masukkan agar-agar dan daun pandan. Tunggu sehingga agar-agar cair.
  2. Masukkan gula dan garam.
  3. Ambil 3/4 daripada air agar-agar tadi dan tapiskan.Campurkan sedikit pewarna hijau.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai dan masukkan ke dalam peti sejuk. tunggu sehingga agar-agar mengeras sedikit.
  5. Panaskan semula air agar-agar yang selebih nyer tadi sehingga cair tutup api dan campurkan dengan santan.
  6. Tuangkan cairan agar-agar santan keatas lapisan agar-agar yang mengeras sedikit tadi.
  7. Biarkan sejuk dan hidangkan.

4 comments:

  1. Replies
    1. Salam perkenalan Norlie...mmg sedap makan puding waktu cuaca panas mcm nie :)...terima kasih sbb sudi berkunjung ke blog wani yer...:)

      Delete