Monday 16 January 2012

Kari Kambing/ Mutton Curry








Bahan-bahan nyer...:)

1 kilo daging kambing campur tulang sekali
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah 4
1 biji cili hijau dibelah dua
1 biji cili merah dibelah dua
sepokok daun ketumbar dibersihkan dan dihiris
3 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu kecil serbuk cili*
1 sudu kecil serbuk kunyit* ( * dicampur sedikit air dan dijadikan seperti pes)
1/2 cawan santan ( kalau tak masuk pun tak per, ikut suka jer)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:-
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar pes halia & bawang putih
2 cm kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara-cara nyer..:)
1.  Bersihkan daging kambing, potong kecil, ditambah sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan garam, masak
     dalam presure cooker selama 10 minit.
2.  Selepas daging empuk, asingkan air dan daging nyer.
3.  Panaskan kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih hingga naik bau dan
     diikuti dengan bahan tumisan lain.Masukkan separuh dari daun ketumbar tadi dan tumis sekali hingga
     naik bau.
4.  Masukkan daging dan kacau rata,
5.  Masukkan pes rempah (serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit) dan kacau rata.
6.  Campurkan sedikit air rebusan daging tadi dan biarkan rempah sebati dengan daging.
7.  Masukkan kentang dan tomato dan air rebusan yang selebih nyer (cukup sekadar menutupi daging
     tadi).
8.  Tunggu sehingga kentang empuk dan kari menjadi sedikit pekat, kurangkan api tambahkan santan
     (kalau suka).
9.  Perasakan dengan garam secukup nyer dan tutup api.
10.Taburkan daun ketumbar selebih nyer tadi dan tutup kuali.
11.Hidangkan panas dengan nasi putih, nasi briyani, nasi minyak :)
 

1 comment: