Sunday 29 January 2012

Pizza








Last weekend buat project pizza atas permintaan adik-beradik...resepi di bawah boleh menghasilkan dua keping pizza bersaiz sederhana...so bolehlah buat topping berbeza kalau suka. Resepi asal nya dari blog http://www.tiffinbiru.com/. Terima kasih yer CMG sebab berkongsi resepi nie...mmg cukup gebu pizza nie...:)

Bahan-bahan nyer :)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Untuk topping nyer..:)

8 biji mini sosej (rebus / stim dan dihirs bulat)
1 keping chicken ham (rebus / stim dan di hiris kasar)
1 biji bawang di hiris
1/2 biji capsicum hijau
1/2 cawan cendawan butang dihirs
1 cawan nenas dalam tin dihiris ( boleh di tambah kalau suka)
parutan cheese mozzarella & cheddar
sos spegetti


Cara-cara

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan topping pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella & cheddar. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya


Thursday 19 January 2012

Salad Timun





Bahan-bahan nyer...:)

1 batang timun dibuang biji dan di parut
1 batang carrot di parut
1 biji bawang besar di hiris halus
2 sudu besar mayonis
Garam secukup rasa

- Gaulkan semua bahan sekali. (boleh dimasukkan dahulu dalam peti sejuk kalau suka)

Sambal tumis ikan bilis cili api



Resepi nie dapat dari kakak saya, mmg sedap dijadikan hidangan sampingan atau di makan dengan nasi putih dan telur goreng...:)

Bahan-bahan nyer..:)

200 gram ikan bilis di bersihkan
10 biji bawang merah
10 biji chili api (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
1 biji bawang di potong bulat (pilih yang besar)
secubit serbuk kunyit
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara nyer:-

  1. Kisar sekali ikan bilis, bawang merah dan cili api dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar yang dipotong bulat, tunggu sehingga bawang layu sedikit dan masukkan bahan yang telah dikisar. Masukkan secubit serbuk kunyit.
  3. Masukkan santan dan kacau sebati.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Tunggu sehingga santan kering dan pecah minyak, tutup api.

Monday 16 January 2012

Light Cheese Cake







Saya dapat resepi nie dari teman blog http://love2cook-msia.blogspot.com/
kek nyer cukup soft dan mmg sedap...:-)...Thank you love :)

Ingredients :- 8" loyang
• 150gm cream cheese
• 300ml susu UHT
• 80gm mentega
• 80gm tepung kek
• 80gm gula icing
• 3 biji telur saiz A ~ asingkan putih telur dan kuning telur nye
• beberapa titis esen vanila
Cara-cara nyer..:)
  1. Panaskan susu dan cream cheese menggunakan sauce pan. kacau sampai cheese cair sepenuhnya. Masukkan mentega dan kacau sampai cair, tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur sampai terbentuk soft peak. 
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, gula dan esen vanila sehingga kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.  
  4. Masukkan tepung dan kacau 
  5. Masukkan putih telur tadi dan kacau perlahan dan sehingga sebati. 
  6. Tuangkan adunan dalam loyang. Letakkan loyang di dalam loyang lain yang berisi air panas. 
  7. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit 
*Boleh ditabur dengan hirisan badam atau parutan cheese, susu UHT tadi boleh digantikan dengan yang ada flavour seperti susu strawberi...:)

Kari Kambing/ Mutton Curry








Bahan-bahan nyer...:)

1 kilo daging kambing campur tulang sekali
2 biji kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah 4
1 biji cili hijau dibelah dua
1 biji cili merah dibelah dua
sepokok daun ketumbar dibersihkan dan dihiris
3 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu kecil serbuk cili*
1 sudu kecil serbuk kunyit* ( * dicampur sedikit air dan dijadikan seperti pes)
1/2 cawan santan ( kalau tak masuk pun tak per, ikut suka jer)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:-
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar pes halia & bawang putih
2 cm kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara-cara nyer..:)
1.  Bersihkan daging kambing, potong kecil, ditambah sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan garam, masak
     dalam presure cooker selama 10 minit.
2.  Selepas daging empuk, asingkan air dan daging nyer.
3.  Panaskan kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih hingga naik bau dan
     diikuti dengan bahan tumisan lain.Masukkan separuh dari daun ketumbar tadi dan tumis sekali hingga
     naik bau.
4.  Masukkan daging dan kacau rata,
5.  Masukkan pes rempah (serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit) dan kacau rata.
6.  Campurkan sedikit air rebusan daging tadi dan biarkan rempah sebati dengan daging.
7.  Masukkan kentang dan tomato dan air rebusan yang selebih nyer (cukup sekadar menutupi daging
     tadi).
8.  Tunggu sehingga kentang empuk dan kari menjadi sedikit pekat, kurangkan api tambahkan santan
     (kalau suka).
9.  Perasakan dengan garam secukup nyer dan tutup api.
10.Taburkan daun ketumbar selebih nyer tadi dan tutup kuali.
11.Hidangkan panas dengan nasi putih, nasi briyani, nasi minyak :)
 

Tuesday 3 January 2012

Sambal Kerang / Cockles Sambal




Bahan-bahan nye:)

1 kilo kerang (bersih, rebus dan ambil isi)
4 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - hiris

4 biji bawang putih  & 2 inci halia - dikisar bersama
2 batang serai dititik
garam, gula dan minyak secukupnya

Cara-cara:-

-Tumis bawang yang telah di hiris hingga naik bau. Masukkan campuran halia dan bawang putih, serai dan kacau.
-Masukkan cili kisar kacau dan tunggu sehingga cili masak sepenuhnya dan masukkan kerang. Perlahankan api masukkan garam dan gula.
-Tunggu sebentar dan rasa garam baru di padam api.